Permohonan Halang Pemilihan Timbalan Presiden PKR Didengar Isnin Ini

Diterbitkan: Jumaat, 19 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) P. Jenapala agar mahkamah mengisytiharkan pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu tidak sah, akan didengar Isnin ini.

Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini Datuk Aziah Ali.

Jenapala pada Jumaat hadir ke mahkamah bagi memfailkan afidavit melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi menyokong saman pemula yang dibuatnya semalam di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.

Beliau dalam afidavitnya itu menyatakan mahkamah sepatutnya membenarkan injunksi interlokutori untuk memastikan tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution, tidak meneruskan pemilihan dan perisytiharan.

Jenapala selaku plaintif berkata, ketiga-tiga defendan itu tidak prihatin kerana didakwa gagal memberi respon terhadap suratnya bertarikh 27 September lalu.

Jenapala, 56, berkata beliau telah memberi beberapa surat kepada parti itu berhubung pengesahannya sebagai ahli parti itu yang layak dan boleh bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

Katanya beliau berhak bertanding kerana masih menjadi anggota parti itu kerana beliau adalah ahli seumur hidup.

Dalam saman pemulanya yang difailkan semalam, Jenapala berkata kenyataan media oleh Saifuddin pada 20 September lepas bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 September.

Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan