Penyanyi Pub Edar Kokain Dihukum Mati

Diterbitkan: Jumaat, 19 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penyanyi pub warga Filipina dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Jumaat, selepas didapati bersalah mengedar kokain yang disembunyikan di ruangan sulit pada bagasinya.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pembelaan yang dikemukakan oleh Jacqueline Quiamno, 25, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan mengedar.

Tertuduh didakwa mengedar 3903 gram dadah tersebut pada pukul 7 pagi, 28 Jun 2005 di Pintu Masuk nombor 5, Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini.

Mohd Zaki berkata, beliau menolak pembelaan tertuduh yang menyatakan dia datang ke negara ini kerana dijanjikan peluang pekerjaan selepas gagal dalam uji bakat untuk menjadi penghibur di Argentina kerana tidak boleh berbahasa Sepanyol.

Dakwa tertuduh lagi, uji bakat tersebut diaturkan oleh sepasang suami isteri di negara asalnya dan dia telah berjumpa dengan seorang lelaki yang merupakan kenalan kepada pasangan terbabit di Argentina.

Akibat kegagalan itu, dia diberitahu terdapat peluang pekerjaan di negara ini dan diarahkan untuk menyerahkan sebuah bagasi kepada seorang lelaki yang akan datang berjumpa tertuduh di sebuah hotel di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mohd Zaki berpendapat, beliau tidak mempercayai keterangan tertuduh memandangkan dia hanya membawa satu beg untuk ke Argentina dan akan pulang ke negara asal dalam jangka masa pendek.

“Tambahan pula, bagaimana tertuduh mahu bekerja di Malaysia sedangkan dia seharusnya pulang ke Manila sehari selepas berada di sini,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Zaki menolak hujahan peguam bahawa tertuduh hanya membawa bagasi tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti keterangan tujuh saksi pendakwaan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin sementara pihak pembelaan memanggil dua saksi pembelaan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan