Peniaga Bebas Tuduhan Rogol

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang peniaga dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, daripada pertuduhan merogol seorang pelajar di bawah umur.

Hakim Slamat Yahya membuat keputusan itu terhadap Mohd Anis Tahyin, 25, tanpa memanggil pembelaannya selepas berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syuhada Alwi mengemukakan sembilan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan manakala Mohd Anis diwakili peguam Aminuddin Mohd Ramli.

Pada penghakimannya, Slamat berkata, mangsa yang semasa itu berusia 15 tahun tidak mempunyai kredibiliti memandangkan terdapat percanggahan dalam laporan polis dan juga keterangannya di mahkamah.

“Berdasarkan laporan polis, mangsa menyatakan dirogol orang yang tidak dikenali sedangkan di mahkamah dia memberitahu tertuduh adalah teman lelakinya,” katanya.

Selain itu, laporan perubatan juga menyatakan kejadian rogol yang didakwa berlaku adalah lebih lama daripada apa yang didakwa mangsa.

Mohd Anis yang berasal daripada Sungai Besar, dekat sini didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 12 tengah hari, 18 Disember 2005, Jalan Meranti Putih 1, Taman Desa Permai, Meru, di sini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan