Lepas Asap: Syarikat Pembinaan Didenda RM3,000

Diterbitkan: Khamis, 18 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, menjatuhkan hukuman denda RM3,000 ke atas Syarikat Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik-Beradik kerana melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan salah syarikat yang diwakili oleh pengarahnya, Yap Hock.

Beliau turut menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan, sekiranya syarikat terbabit gagal menjelaskan denda.

Asap itu dilepaskan daripada lori syarikat bernombor pendaftaran WPB 8611 yang dipandu oleh Borhani Bon pada 10.26 pagi, 30 Mac 2009.

Semasa itu, lori tersebut ditahan untuk pemeriksaan ujian pelepasan asap hitam di Plaza Tol Sungai Buloh, Petaling, dekat sini.

Lori tersebut didakwa telah melepaskan asap hitam ke udara dengan ketumpatan 75 peratus, iaitu melebih had yang dibenaran, iaitu 50 peratus mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Alam Sekitar, Hariati Abu Bakar mengikut Seksyen 22(2) dibaca bersama Seksyen 43(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Bagi kesalahan itu, hukuman yang diperuntukkan oleh Seksyen 22(3) akta yang sama ialah denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pada penghakimannya, Hasbi berkata syarikat tersebut hanya akan membayar jumlah yang sedikit jika menyelesaikan kompaun RM2,000 yang dikeluarkan pada hari kejadian.

Bagaimanapun, Yap berkata, pihaknya tidak menerima kompaun itu kerana ia berada di tangan pemandu selain syarikat mengalami kebakaran pada bulan Mei 2009.

Hasbi berkata, ia adalah tanggungjawab syarikat untuk memastikan pemandu menyerahkan kompaun yang diterima kepada syarikat.

“Syarikat perlu bertanggungjawab. Kamu perlu beritahu kepada pemandu kompaun perlu diserahkan,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan