Tukang Urut Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Ugut Ibu

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa terhadap tuduhan mengugut ibunya minggu lepas.

Mohd Redza Ahmad, 31, didakwa mengugut Salwah Shamsudin, 62, dengan mengacukan pisau ke perut ibunya itu dengan niat untuk mendatangkan ketakutan dan akan bertindak kasar sekiranya tidak memberikannya wang untuk membeli dadah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat 9S-15 Blok B, Flat Hang Tuah, Dang Wangi di sini pada 2.30 petang, 8 Nov lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Majistret Nor Azah Kasran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Dis depan untuk sebutan bagi tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Po'ad. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan