Penjaga Tempat Letak Kereta Didakwa Merompak

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penjaga tempat letak kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas pertuduhan mencederakan seorang wanita yang dirompaknya dengan menggunakan sebilah kapak.

Nuradham Khairuddin, 27, memberikan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Dia didakwa telah mencederakan Hasimah Yusof, 46, semasa melakukan rompakan dengan melarikan sebuah beg tangan, dua telefon bimbit jenis Nokia dan Sony Ericsson serta wang tunai RM2,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 5.30 petang, 27 Oktober lalu di tepi kilang nombor 65, Jalan Kip 9, Taman Perindustrian Kip, Sri Damansara, Kepong, Gombak, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalab Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Baharom mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Faridah Nurdinie juga membantah jaminan diberikan kepada tertuduh kerana terdapat penggunaan senjata dalam kejadian dan mangsa telah mengalami kecederaan.

Hasbi membenarkan bantahan itu dan menetapkan 7 Disember depan sebagai sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan