Pemilik dan Pengurus Kilang Papan Beri Rasuah Dihukum

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, memerintahkan seorang pemilik dan pengurus kilang papan dihukum penjara tiga hari dan denda RM75,000 selepas mengaku salah memberi rasuah kepada pengawai Imigresen dalam usaha menyelamatkan enam pekerja yang tidak mempunyai permit kerja.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh yang menjatuhkan hukuman itu terhadap pemilik kilang, Tan San Kek, 27, dan pengurusnya, Lim Thian Ho, 48, juga menetapkan hukuman penjara enam bulan, jika denda tersebut gagal dijelaskan.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah memberi suapan RM15,000 kepada seorang pegawai bahagian penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya, Ishak Suip pada antara pukul 4.30 dan 5 petang, 28 April lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam kenderaan jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran WQW 107 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung, Hulu Langat, dekat sini.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa dari SPRM, Hung Heng Hong manakala peguam Lee Hong Yap mewakili kedua-dua tertuduh.

Fakta menyatakan, kesalahan itu dilakukan selepas pihak Imigresen menahan enam pekerja kilang terbabit kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah dalam operasi bersepadu yang diadakan.

Lim telah membawa Ishak ke sebuah kereta, di mana Tan sedang menunggu dan mereka telah ke tempat kejadian sebelum memberikan sekeping sampul surat yang berisi wang tunai tersebut kepada Ishak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan