Pasangan Nikah Sindiket Didenda RM800

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepasang mempelai yang didakwa dicekup oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) baru-baru ini, didenda RM800 setiap seorang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Khairul Azwadi Mohamed Noor dalam penghakimannya pada Selasa, memerintahkan supaya Nurdin dan pasangannya Uuswaton menjalani hukuman penjara selama 12 hari, jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Beliau juga membenarkan supaya wang jaminan tertuduh, bernilai RM650 setiap seorang dijadikan sebahagian daripada jumlah denda.

Khairul Azwadi turut menyelitkan nasihat untuk pasangan tersebut agar mematuhi undang-undang negara ini termasuklah dalam perihal pernikahan.

Katanya, perkahwinan adalah sunnah Rasulullah dan perlu mengikut prosedur yang tergaris dalam hukum syarak.

"Jika ada masalah dengan wali, sepatutnya kamu boleh bertanya dengan orang-orang yang lebih mengetahui.

"Kalau ingin bernikah, ikut prosedur. Jangan terus percaya, sebaliknya bertanya kepada jurunikah bagaimana prosedurnya dan minta tauliahnya.

"Perkahwinan sindiket ini banyak keburukan, baik kamu susah di awal daripada kemudian hari. Perkara ini akan memberi kesan kepasa anak yang lahir dari perkahwinan begini," katanya.

Pasangan tersebut didakwa melakukan kesalahan itu pada Sabtu lalu di rumah nombor 51, Lot 2242, Kampung Pantai Dalam, di sini.

Berdasarkan berita yang tersiar di sebuah akhbar tabloid sebelum ini, pasangan tersebut dicekup bersama dua wanita dan 21 lagi lelaki oleh anggota penguat kuasa Jawi.

Ketika serbuan pada kira-kira jam 8 malam itu, pasangan itu lengkap berpakaian pengantin.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, berkata ketika serbuan, semua yang ditahan berada di dalam rumah dan menyaksikan upacara pernikahan yang dilakukan jurunikah yang dikenali sebagai Ustaz Hashim.

Bagaimanapun, Ustaz Hashim, seorang warga Indonesia dapat melarikan diri dengan memanjat siling rumah.

Ustaz temberang itu dipercayai sudah melakukan banyak upacara akad nikah termasuk lelaki yang ingin berpoligami dan dia akan membawa lukisan wajah seorang lelaki yang didakwa seorang daripada Wali Songo ke rumah setiap pengantin yang akan dinikahkannya.

Lukisan wajah dalam bentuk poster itu digunakan sebagai pengganti kepada wali pengantin perempuan yang dinikahkannya.

Setiap pasangan yang menggunakan khidmat sindiket itu dikenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM6,000 sebagai bayaran upah nikah.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan