Pasangan Indonesia Nikah Guna Sindiket Kahwin Palsu Didenda RM800

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin warga Indonesia yang ditahan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dua hari lepas kerana bernikah menggunakan sindiket jurunikah palsu, hari ini didenda RM800 selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Khairul Azwadi Mohamed Noor juga mengarahkan supaya pasangan yang hanya dikenali sebagai Nurdin dan Uswaton berumur dalam lingkungan 30an dipenjara 12 hari jika gagal membayar denda tersebut.

Khairul Azwadi ketika menjatuhkan hukuman itu berkata setiap pasangan yang ingin bernikah perlu melalui prosedur yang sah dengan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

"Kamu sebagai warga luar yang datang ke negara ini untuk mencari nafkah... apabila berada di sini perlulah mengikut undang-undang yang telah digariskan di sini, " katanya.

Beliau juga memerintahkan kesemua barangan hantaran milik pasangan itu dilupuskan. Terdahulu itu, pasangan itu, yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Pasangan itu yang mendapat status tetap warganegara, didakwa berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, di sebuah rumah yang beralamat nombor 51, Lot 2242 Kampung Pantai Dalam, di sini, Sabtu lepas.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 39 dan Seksyen 40 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 40 (2) yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Mohd Sohibul Kahfi daripada JAWI.

Ahad lepas, akhbar melaporkan pasangan itu dinikahkan oleh seorang jurunikah palsu dari Indonesia yang bergiat aktif di Malaysia yang dikenali sebagai "Pak Hashim".

Bagaimanapun, jurunikah itu berjaya melarikan diri ketika serbuan dilakukan oleh JAWI menerusi pintu belakang rumah.

Dilaporkan setiap pasangan yang menggunakan khidmat sindiket terbabit perlu membayar sejumlah wang antara RM5,000 dan RM6,000 untuk belanja upah nikah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan