Rayuan Tertuduh Hapus Bukti Pembunuhan Sosilawati 25 November

Diterbitkan: Isnin, 15 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Rayuan seorang pekerja ladang, K. Sarawanan terhadap sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun bagi kesalahan menghapuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain akan didengar pada 25 November ini.

Rayuan tersebut akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mohtarudin Baki yang menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili Sarawanan, A.S Dhaliwal memohon diberikan masa untuk memfailkan petisyen rayuannya.

Ini kerana, Dhaliwal baru menerima rekod rayuan dan peruntukkan undang-undang menyatakan beliau mempunyai tempoh masa selama 10 hari untuk memfailkan petisyen tersebut.

Pada prosiding yang sama, Dhaliwal juga menarik semula rayuan yang difailkan olehnya bagi pihak rakan sekerja Sarawanan, U. Suresh yang sebelum ini diwakili oleh peguam M. Puravelan.

Kekeliruan berhubung peguam sebenarnya yang mewakili Suresh tamat selepas Mohtarudin bertanya sendiri kepada Suresh.

Suresh yang hadir dengan mengenakan pakaian seragam penjara berwarna merah memberitahu, Puravelan yang turut berada di mahkamah sebagai peguamnya.

Selain itu, Mohtarudin menetapkan tarikh yang sama untuk membuat semakan kehakiman terhadap hukuman ke atas Sarawanan dan Suresh memandangkan hukuman penjara tujuh tahun dikatakan terlalu rendah.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Telok Datok, Banting, dekat sini, Hurman Hussain pada 15 Oktober lalu selepas Sarawanan, 19, dan Suresh, 26, mengaku salah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan kejam tersebut.

Sarawanan mengaku salah terhadap pertuduhan membakar mayat manakala pengakuan salah Suresh direkodkan bagi pertuduhan membuang abu mayat ke dalam Sungai Panchau, Banting.

Semasa itu, Hurman memerintahkan supaya semua hukuman berjalan serentak dan bermula daripada tarikh mereka ditangkap, iaitu 9 September lalu.

Dhawilal memfailkan rayuan tersebut pada 27 Oktober lalu.

Prosiding Isnin turut dihadiri oleh peguam-peguam yang mewakili tertuduh utama, seorang bekas peguam, N.Patmanabhan, 41, dan empat lagi tertuduh lain yang telah didakwa bagi pertuduhan.

Mereka yang turut didakwa ialah T.Thiyalagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30.

Semua mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang Sepat, Banting antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu.

Semua mereka kini berhadapan dengan hukuman mati, jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes tersebut ditetapkan untuk sebutan di Majistret Telok Datok pada 16 Disember depan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan dibarisi Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Idham Abd Ghani dan Shaiful Edris Zainudin.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan