Dera Amah: Rayuan Ibu Tunggal Didengar Januari

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menetapkan 7 Januari depan sebagai tarikh pendengaran rayuan yang difailkan oleh seorang ibu tunggal yang didapati bersalah menyebabkan kecederaan ke atas bekas pembantu rumahnya dengan menggunakan air panas dan tukul besi.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Ghazali Cha pada sebutan kes rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang difailkan oleh Hau Yuan Tyng, 44.

Pada 14 Mei lalu, Hau disabitkan bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap warga Indonesia, Siti Hajar Sadli, 34, dengan menggunakan air panas antara pukul 11 pagi dan 9 malam, 7 Jun 2009.

Dia juga disabitkan bersalah melakukan kesalahan serupa dengan menggunakan tukul besi yang boleh menyebabkan kematian pada sekitar Februari 2009.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di kediamannya, nombor 1-19-1, Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara, di sini.

Dengan sabitan itu, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan diarahkan membayar pampasan bernilai RM5,000 kepada Siti Hajar secepat mungkin.

Komathy membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 15 saksi pendakwaan manakala Hau yang diwakili peguam M.Manoharan memanggil anak perempuannya bagi menyokong pembelaan yang diberikan secara bersumpah.

Hau yang merupakan bekas ejen hartanah didakwa kali pertama di mahkamah pada 18 Jun 2009.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan