Ahli Majlis MBPJ Disaman RM10 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail dan tiga ahli keluarganya disaman RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.

Saman tersebut difailkan oleh Pembantu Ahli Majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zalina Jaafar menerusi peguam Faizul Mohd Nasir pada Jumaat, di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Zalina, 42, selaku plaintif menamakan Mahharul selaku defendan pertama diikuti dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani.

Plaintif mendakwa defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial miliknya pada 28 September lalu manakala kenyataan di laman milik defendan terakhir dikeluarkan pada 21 September lalu.

Dakwa plaintif lagi, defendan kedua dan ketiga dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu.

Seterusnya plaintif mendakwa penyataan-penyataan oleh defendan telah menyebabkan karakter, kredit dan reputasi berkaitan dirinya telah dicemari.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teladan, kos dan faedah pada kadar lapan peratus setahun dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Plaintif yang turut hadir di mahkamah juga memohon perintah injunksi bagi menghalang semua defendan daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah yang serupa terhadap dirinya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan