Pesakit Jantung Kronik Edar Ganja Dihukum Mati

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pesakit jantung kronik kelihatan lemah sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, menjatuhkan hukuman mati terhadapnya selepas disabitkan bersalah mengedar hampir 2 kilogram ganja, pertengahan tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu terhadap Mohd Riduan Shah Abdullah, 53, seorang pengutip hutang yang menghidap penyakit tersebut sejak berusia 37 tahun.

Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pakar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Wan Azman Wan Ahmad selaku saksi pembelaan kedua, dinyatakan tertuduh hanya mempunyai peluang hidup sebanyak 15 peratus sahaja.

Bagaimanapun, Mohd Yazid berpendapat, keterangan doktor itu gagal mematahkan pertuduhan mengedar 1932 gram ganja yang didakwa dilakukan tertuduh pada pukul 8.30 malam, 13 Mei 2009 di tepi Jalan USJ 1, hadapan Pasaraya Giant, Subang Jaya, dekat sini.

Beliau juga menolak pembelaan tertuduh yang diberikan secara bersumpah yang mendakwa dua ketulan dadah yang ditemui di tempat letak kaki penumpang hadapan kereta Produa Kembara WPK 4286 yang dipandu oleh tertuduh sebenarnya milik rakan bernama 'Simon'.

Pembelaan tertuduh menyatakan Simon yang menumpang keretanya untuk ke pasaraya itu telah tertinggal dadah tersebut sebelum dia dikepung oleh empat kereta polis yang membuat Ops Tapis berdasarkan maklumat risikan akan berlaku aktiviti pengedaran dadah.

"Saya menolak hujahan bahawa tertuduh hanya pembawa yang tidak bersalah kerana kewujudan Simon hanya rekaan. Hanya memberi maklumat bahawa barang itu milik Simon tidak cukup untuk membuktikan kewujudan Simon," kata Mohd Yazid.

Beliau menambah, tertuduh juga gagal memberi gambaran terperinci tentang Simon bagi membolehkan siasatan dilakukan. Tambahan pula, anggota serbuan yang menunggu di tempat kejadian melihat dengan jelas hanya tertuduh yang berada di dalam kereta.

"Justeru itu, saya dapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan sebaliknya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

"Oleh itu tertuduh disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung di leher sehingga mati," katanya lagi.

Sepanjang prosiding berlangsung, tertuduh yang mendakwa pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM400,000 sehari dibenarkan duduk.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail yang mengemukakan lima saksi pendakwaan sementara tertuduh yang kelihatan lebih tua berbanding usianya diwakili peguam James George.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan