"Bomoh" Dihukum Penjara Lima Tahun Dan Tiga Kali Sebatan Kerana Tipu

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan terhadap seorang lelaki yang mendakwa dirinya "bomoh", selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan wang berjumlah RM44,500, tiga tahun lepas.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mengambil kira pengakuan Lee Meng Wah, 47, yang menukar pengakuan kepada bersalah hari ini, dan beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada Februari 2008.

Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi menarik balik lapan daripada sembilan pertuduhan menipu yang turut dihadapi Lee dan sembilan tuduhan bersubahat yang dihadapi isterinya, Eng Siew Tung, 36, selepas mahkamah menggunapakai Seksyen 171 Kanun Acara Jenayah.

Komathy dalam penghakimannya berkata mahkamah memandang serius kesalahan penipuan kerana kesalahan sedemikian semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

"Kamu buat semua orang percaya bahawa kamu mempunyai kebolehan mengubati pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan bantuan. Sebaliknya kamu ambil wang mereka untuk kepentingan diri kamu sendiri. Justeru itu, hukuman yang berat dikenakan untuk memberi pengajaran kepada orang ramai," katanya.

Lee didakwa menipu Wong Ngai Yin, 34, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia akan membuat "Kong Tuck" iaitu satu upacara membuang sial daripada diri Wong di Thailand sehingga mendorong Wong menyerahkan wang RM44,500 secara berperingkat kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Orkid Desa, Cheras di sini antara April 2007 hingga Julai 2007, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat, dan denda.

Mengikut fakta kes, Lee yang mendakwa dirinya adalah seorang sifu dan arif dalam menyelesaikan masalah serta boleh mengubah nasib seseorang, memperdayakan Wong sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang bagi rawatan itu.

Namun, wang itu perlu diserahkan kepada isterinya kerana dia mendakwa tidak boleh menerima wang secara terus daripada pelanggan dan resit bayaran juga tidak dikeluarkan.

Terdahulu, peguam Datuk Baljit Singh Sidhu yang mewakili Lee memohon supaya hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya dengan menitikberatkan latar belakang keluarga tertuduh.

"Anak guam saya mempunyai dua anak, masing-masing berumur 15 tahun dan 16 tahun yang masih bersekolah dan memerlukan bimbingan daripada bapa untuk meneruskan persekolahan, selain menghidap penyakit diabetis dan darah tinggi," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya P.Viknesvaran pula berhujah faktor kepentingan awam adalah melebihi daripada faktor kepentingan individu itu sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan