Bekas Kerani MITI Dipenjara Tiga Tahun Kerana Palsukan Lesen Import

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas kerani Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang didakwa memalsukan lesen import selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Ghazali Cha yang membuat keputusan itu berkata Hakim Mahkamah Sesyen yang sebelum ini membebaskan Armila Ahmad, 32, telah terkhilaf.

Ghazali memerintahkan Armila dipenjara selama tiga tahun bagi pertuduhan pertama iaitu memalsukan sembilan keping lesen import kenderaan yang digunakan bagi tujuan menipu di tempat kerjanya di Jalan Duta di sini.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat yang merupakan pertuduhan menipu tiga pegawai yang berlainan untuk mengeluarkan sembilan lesen import kenderaan, Ghazali memerintahkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap kesalahan.

Kesemua hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Pada 30 Sept tahun lepas, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Armila daripada keempat-empat tuduhan itu. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 25 Julai 2002 dan 17 Julai 2003.

Dalam penghakimannya, Ghazali berkata pembelaan Armila ketika di Mahkamah Sesyen adalah rekaan semata-mata.

"Dalam isu terdapat pihak ketiga yang mencetak borang menerusi sistem, menerusi keterangan saksi, mereka menyatakan bahawa mereka tiada pengetahuan berkenaan dengan pengenalan diri (ID) dan kata laluan (password) yang dimiliki responden (Armila). Hanya responden yang mengetahui ID dan kata laluan kerani lain.

"Ini menunjukkan diri responden sendiri yang boleh diragui dan tiada sebab bagi saksi atau kerani lain berbohong untuk meletakkan responden dalam kesusahan," katanya.

Ghazali juga berkata tiga pegawai yang menandatangani dokumen berkaitan lesen import itu juga telah mengecam Armila sebagai orang yang menghantar dokumen itu dan bukannya orang lain.

Sementara itu, selepas hukuman dijatuhkan, peguam Zaki Ezar Bahar memohon penangguhan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dibuat.

Ghazali yang membenarkan rayuan itu bagaimanapun memerintahkan Armila membayar ikat jamin sebanyak RM20,000 yang boleh dibayar secara ansuran iaitu RM10,000 dibayar pada hari ini dan selebihnya sebelum 1 Dis.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Hashley Tajudin.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan