Pekerja Pusat Kebajikan Dituduh Bunuh Remaja Autisme - Berita Mahkamah | mStar

Pekerja Pusat Kebajikan Dituduh Bunuh Remaja Autisme

Diterbitkan: Rabu, 10 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pekerja pusat kebajikan pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang menghidap autisme dua minggu lepas.

S. Tirupathi, 26, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh Brian Goh Kah Heng, 19, di sebuah rumah beralamat No 38, Jalan 18/19, Taman Kanagapuram, dekat sini, antara jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi pada 24 Oktober lalu. Tirupahthi, yang kelihatan muram, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalakan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur yang memohon tarikh sebutan bagi mendapatkan laporan kimia. Mahkamah menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan kes.

Dalam kejadian itu, akhbar melaporkan remaja terbabit ditemui tidak sedarkan diri di rumah kebajikan itu di Seksyen 18, di sini sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan kira-kira 1 tengah hari.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah menyebabkan kematian remaja itu dan pada masa sama terdapat kesan kecederaan pada dubur mangsa dipercayai dijolok menggunakan cota. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan