Wanita Mengaku Ada Tabiat Suka Mencuri

Diterbitkan: Selasa, 9 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bekas penagih dadah yang mengaku mempunyai tabiat suka mencuri, dipenjara lima hari dan didenda RM2,000 atau penjara enam bulan, setelah mengaku melakukan kesalahan itu minggu lepas.

Lee Siew Lee, 32, diperintah oleh Majistret Hafizza Sauni, menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 4 Nov kerana mencuri sebotol minyak ikan dan sebotol cecair lain berjumlah RM178.80 di Watson's Sungai Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail di sini pada 7.10 malam.

Terdahulu, Lee dalam rayuannya memohon supaya hukuman yang ringan dikenakan terhadapnya, berkata dia tidak berniat untuk melakukan kesalahan itu.

"Saya mempunyai wang untuk membayar barang yang saya ambil tetapi tabiat suka mencuri menyebabkan saya terdorong melakukan kesalahan ini walaupun saya tahu ia salah di sisi undang-undang.

"Saya sudah menyesal kerana sebelum ini saya pernah masuk pusat pemulihan dadah dan saya tidak mahu masuk penjara atas kesalahan mencuri," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat memohon supaya hukuman yang berat dikenakan terhadap Lee kerana kes seumpama itu semakin meningkat.

Ibu tertuduh membayar denda itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan