Qazaf: Anwar Fail Permohonan Pindaan Notis Rayuan

Diterbitkan: Selasa, 9 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, memfailkan permohonan untuk meminda notis rayuannya dalam usaha supaya pendakwa syarie mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf.

Permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah di sini, pada pukul 10 pagi menerusi peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman dan Dorina Abdullah.

Ketua pembangkang itu hadir di mahkamah bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Mohammad.

Permohonan untuk meminda itu difailkan bagi memasukkan perkataan ‘keseluruhan’ yang telah tercicir semasa notis rayuan itu difailkan pada 23 April lalu.

Kamar Ainiah semasa ditemui memberitahu, perkataan keseluruhan itu dimasukkan ke dalam satu perenggan yang membawa maksud rayuan itu difailkan ekoran tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah.

Prosiding mahkamah tersebut dimulakan oleh Anwar pada 7 Januari lalu bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful, 25, atas tuduhan qazaf.

Anwar, 63, turut menamakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai responden dalam permohonan tersebut.

Pertuduhan qazaf bermaksud membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi, yang mana memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semua responden yang diwakili peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar dan Roslizam Rahim kemudiannya memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Anwar pada 9 Februari lalu,

Permohonan itu diketepikan pada 14 April lalu oleh Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin dan ekoran keputusan itu, Anwar memfailkan rayuan.

Berdasarkan 14 alasan rayuan yang difailkan Anwar pada 4 November lalu, beliau menyatakan Hakim Syarie telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila membuat keputusan mengenai merit dan isu substantif pada peringkat bantahan awal semasa permohonannya belum sempat dibicarakan.

Selain itu, beliau turut menyatakan Hakim Syarie terkhilaf apabila meletakkan kuasa Ketua Pendakwa Syarie sebagai besar dan luas menyamai kuasa Peguam Negara, sedangkan beliau hanya seorang pegawai di bawah Pengarah JAWI.

Beliau juga menyatakan, keputusan mengenepikan permohonan itu tanpa didengar dan dibicarakan menyebabkan berlaku ketidakadilan kepada dirinya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan