Pekerja Pusat Kebajikan Didakwa Bunuh Remaja OKU

Diterbitkan: Selasa, 9 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pekerja di pusat kebajikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas tuduhan membunuh seorang remaja yang tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU), kira-kira dua minggu lalu.

S. Tirupathi, 26, yang kelihatan agak muram sekadar menganggukkan kepala sebagai tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Tertuduh didakwa membunuh Brian Goh Kah Heng, 19, pada antara pukul 10.30 dan 11.30 pagi, 24 Oktober lalu di rumah bernombor 38, Jalan 18/19, Taman Kanagapuram, dekat sini.

Dia kini berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur.

Mohamad Ibrahim menetapkan sebutan semula kes pada 5 Januari depan bagi menunggu laporan kimia dan bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Turut berada di mahkamah ialah ibu mangsa, Elizabeth Chin, 50, yang ditenangkan oleh ahli keluarga kerana menangis teresak-esak semasa prosiding berlangsung.

Media pada 15 hari yang lalu. melaporkan seorang remaja OKU ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah kebajikan di Seksyen 18 di sini.

Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

Siasatan juga mendapati terdapat kesan kecederaan pada dubur mangsa yang dipercayai akibat dijolok dengan menggunakan cota.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan