PKFZ: Tiga Tertuduh Ditawar Pertuduhan Alternatif

Diterbitkan: Isnin, 8 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga tertuduh yang didakwa dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) ditawarkan pertuduhan alternatif terhadap bagi semua pertuduhan asal, pada prosiding di Mahkamah Sesyen Klang yang bersidang di sini, pada Isnin.

Bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Law Jenn Dong, 52, Ketua Pegawai Operasi KDSB, Stephen Abok, 52, dan arkitek dari BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee, 49, bagaimanapun masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah seperti kali pertama mereka didakwa.

KDSB merupakan pemaju bagi projek PKFZ manakala BTA Architect merupakan syarikat yang dilantik sebagai perunding.

Berdasarkan pertuduhan alternatif, semua mereka didakwa bersama atas 24 pertuduhan yang membabitkan RM116.85 juta melibatkan dua projek besar PKFZ di PKFZ, Pulau Indah, Mukim Klang, dekat sini.

Bagi sembilan pertuduhan pertama, mereka didakwa dengan niat bersama telah menipu OSK Trustees Bhd untuk mempercayai bahawa kerja-kerja infrastruktur elektrik bagi PKFZ telah dilaksanakan, sedangkan mereka tahu ia tidak dilakukan.

Manakala selebihnya pula, mereka didakwa melakukan kesalahan yang sama terhadap OKS Trustees yang melibatkan sistem 33kv ke Precint 2 dan Precint 8 bagi PKFZ.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 30 Jun 2006 dan 20 Jun 2008 di pejabat OKS Trustees Bhd, Plaza OSK, dalam daerah Ampang, dekat sini. Jumlah pembayaran yang didakwa pula melibatkan jumlah setinggi RM16.73 juta manakala paling rendah ialah RM583,000.

Sementara itu, Bernard dan Stephen turut mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan alternatif bagi kesalahan serupa yang didakwa dilakukan antara 31 Julai dan 8 Oktober 2007 yang melibatkan pembayaran berjumlah RM5.42 juta.

Pertuduhan pilihan tersebut ditawarkan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai oleh Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad.

Berdasarkan perkembangan itu, Dzulkifli memohon supaya jaminan terhadap Stephen dinaikkan menjadi RM250,000 untuk diseragamkan dengan jaminan kepada Law dan Bernard. Stephen sebelum ini dijamin pada jumlah RM200,000.

Bagaimanapun, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Stephen memohon mahkamah mengekalkan jaminan asal.

“Tertuduh memberikan kerjasama sepenuhnya dan sentiasa menghadiri prosiding mahkamah.

Tertuduh merupakan warganegara dan tiada risiko dia akan melarikan diri,” katanya.

Hakim Asmadi Hussain kemudiannya membenarkan permohonan Dzulkifli dan menetapkan supaya jaminan itu didepositkan sebelum tarikh perbicaraan, iaitu pada 22 November ini.

Law diwakili peguam Justine Wee yang menyebut bagi pihak peguam Tan Hock Chuan sementara Bernard diwakili peguam Datuk V.Sithambaram.

Pada 14 Disember 2009, Law menjadi individu keempat yang didakwa di Mahkamah Sesyen Klang dalam skandal PKFZ manakala Bernard dan Stephen didakwa pada 10 Disember tahun yang sama.

Semasa itu, semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada masa, tempat dan bagi tujuan yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan