Hukuman Lebih Berat Untuk Anson Wong

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli perniagaan, Wong Keng Liang atau lebih dikenali sebagai Anson Wong yang mengaku bersalah atas tuduhan mengeksport 95 ekor ular Boa Constrictor, tiga bulan lalu kini perlu menjalani hukuman penjara lebih panjang selepas Mahkamah Tinggi di sini, menerima rayuan pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaanyang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memfailkan rayuan terhadap hukuman asal Anson, iaitu enam bulan penjara dan denda RM190,000 atau penjara 12 bulan jika tidak bayar yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Zulhelmy Hassan pada 7 September lalu.

Berdasarkan keputusan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki pada Khamis, Anson, 52, perlu menjalani hukuman penjara selama lima tahun bermula daripada tarikh tangkap manakala hukuman denda itu diketepikan selepas mengambil kira pengakuan salah yang dibuat oleh Anson selaku responden.

Mohtarudin juga memerintahkan supaya wang tersebut dikembalikan, jika ia telah dibayar.

Pada penghakimannya, Mohtarudin menyelar perbuatan Anson yang disifatkan hanya mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan kebajikan ular-ular itu yang disumbatkan ke dalam bagasi kecil dalam perjalanan daripada Pulau Pinang ke Jakarta, Indonesia.

“Dalam keghairahan mencari wang ringgit, kita mesti bertimbang rasa terhadap individu dan haiwan. Jika tidak, tiada bezanya antara kita dengan haiwan,” katanya.

Mohtarudin menambah, perbuatan Anson boleh mendatangkan bahaya kepada kakitangan lapangan terbang sekiranya dua ekor ular rhinoceros viper yang berbisa yang turut dibawanya terlepas.

“Responden membawa ular-ular dengan pesawat komersial yang boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang dan kepada penerbangan tersebut.

“Jelas responden merupakan orang yang tamak mengejar wang ringgit hingga sanggup mengeksport ular dan tidak mempedulikan keselamatan orang lain,” katanya lagi.

Selain itu, keperluan untuk mengubah hukuman asal juga perlu memandangkan terdapat kekhilafan berlaku apabila hakim tersebut gagal mempertimbangkan jumlah ular yang terlibat.

Anson ditangkap pada 26 Ogos lalu, pada pukul 8.50 malam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Dia yang diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafie Abdullah kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Muhammad Shafie kemudiannya memohon mahkamah untuk menyediakan alasan penghakiman secepat mungkin bagi tujuan rayuan di Mahkamah Rayuan memandangkan hukuman asal Anson akan tamat pada Januari depan.

Mohtarudin berkata, Anson mempunyai hak untuk memfailkan rayuan dan memberi akujanji bahawa alasan penghakiman itu akan diberikan secepat mungkin.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan