Penarik Kereta Miliki Pistol Dipenjara 48 Bulan

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta diarahkan menjalani hukuman penjara selama 48 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini Rabu, selepas mengaku salah memiliki sepucuk pistol, tahun lalu.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin memerintahkan tertuduh, S. Theventhiran, 30, disebat sebanyak enam kali manakala hukuman penjara bermula daripada tarikh ditangkap, iaitu 20 Oktober 2009.

Turut berada di mahkamah semasa hukuman dijatuhkan ialah isteri dan dua anak mereka.

Tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Walter P99 AS pada pukul 11 pagi, 9 Oktober 2009 di rumah nombor 11, Jalan 15/38D, Taman Sri Sinar Kepong, Sentul.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan