Penarik Kereta Dipenjara Empat Tahun Dan Enam Sebatan Miliki Pistol

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta hari ini dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki sepucuk pistol.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin membuat keputusan itu terhadap S. Theventhiran, 29, dan mengarahkannya menjalani hukuman itu bermula pada tarikh dia ditangkap pada 20 Oktober tahun lepas.

Dia didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Walther P99 AS, di sebuah rumah di alamat Nombor 11, Taman Seri Sinar Kepong, Sentul di sini pada 11 pagi, 19 Oktober tahun lepas.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 8 Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

Dia yang tidak diwakili peguam bela merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana merupakan penanggung tunggal keluarga.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan