Bicara Benjy Ditangguhkan Sehingga Keputusan Representasi Kepada KDN Diperoleh

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, berhubung dua pertuduhan memiliki dadah pada Mac lepas.

Majistret Hafizza Sauni menangguhkan perbicaraan itu selepas peguam bela Amer Hamzah Arsyad yang mewakilinya memohon penangguhan itu bagi menunggu keputusan representasi yang diusulkan oleh pihaknya kepada Kementerian Dalam Negeri(KDN).

Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula hari ini untuk sambung bicara kes anak seniwati Azean Irdawaty itu dengan mengemukakan lapan saksi.

"Mahkamah membenarkan penangguhan ini dan mahkamah memberi satu tarikh sebutan kes ini iaitu pada 13 Disember bagi mendengar keputusan berhubung representasi yang dikemukakan oleh pembelaan," katanya.

Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara kemudian selepas keputusan representasi itu diperolehi.

Terdahulu, Amer memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah mengusulkan representasi itu berhubung penahanan pelakon berkenaan yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas), kepada pihak KDN pada awal Oktober lalu.

Pendakwaan yang dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menyatakan pihaknya tiada bantahan dengan penangguhan itu.

Benjy, yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor, selama dua tahun dibicarakan terhadap dua pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah di Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang hari yang sama.

Pada prosiding hari ini, Benjy, 31, yang memakai kemeja hijau dan berseluar jeans kelihatan tenang di kandang tertuduh.

Ketika di luar mahkamah, ibunya sempat menyerahkan lauk daging masak cili api dan cucur ikan bilis yang dimasak sendiri kepada Amer untuk diberikan kepada anak kesayangannya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan