Bekas Anggota Polis Gagal Ketepikan Sabitan, Hukuman Mati Kerana Edar Dadah

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang bekas lans koperal kerana mengedar 5,756 gram dadah jenis kanabis.

Yusri Mat Daud, 42, dari cawangan Pasukan Gerakan Am, didakwa melakukan kesalahan itu di depan Farmasi Carista Medicare, Wisma Dato Lope, Batu 7, Jalan Cheras, 4.15 petang pada 9 Mei 2002.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, sebulat suara menolak rayuan Yusri dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 April tahun lepas.

Kuorum yang turut dianggotai Hakim Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop, membuat keputusan itu tanpa mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Murtazadi Amran.

Terdahulu, peguam Karpal Singh yang mewakili Yusri berkata, pendakwaan telah mengemukakan dua set pembuktian berhubung peranan tertuduh pada perbicaraan kes tersebut.

Merujuk satu kes undang-undang, beliau berhujah sekiranya satu set bukti didapati mengutuk set yang satu lagi, mahkamah tidak mempunyai sebarang bukti yang boleh dipercayai untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan yang didakwa dilakukan.

Sehubungan itu, Karpal berkata terdapat kecacatan dalam kes itu dan hakim yang mendengar kes tersebut juga gagal membuat penilaian maksimum berhubung keterangan saksi pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan