Mahkamah Benar Rayuan Khalid

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua kes saman membabitkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) akan didengar oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi yang lain.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf menarik diri daripada mendengar saman itu atas alasan wujud elemen berat sebelah.

Panel tiga hakim itu diketuai oleh Hakim K.N.Segara dan dianggotai oleh Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Abdul Khalid mengemukakan permohonan rayuan selepas Rohana pada 22 Sept lalu enggan menarik diri daripada mendengar dua saman itu.

Abdul Khalid menyaman BIMB pada 18 Mei 2007 kerana mendakwa bank itu telah melakukan kesalahan melupuskan saham beliau dalam Guthrie yang diperoleh menerusi pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) pada 30 April 2001.

Beliau memohon perintah bahawa terdapat kontrak cagaran antara beliau dan bank itu berhubung pinjaman berkenaan.

Abdul Khalid yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie dari 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB.

BIMB pula mengemukakan saman balas terhadap Menteri Besar Selangor itu pada 24 Mei, 2007 bagi mendapatkan wang berjumlah RM66.67 juta, dengan mendakwa perjanjian BBA telah dilanggar berikutan kegagalan Abdul Khalid membayar semula pinjaman itu.

Abdul Khalid kemudian memohon untuk memecat Rohana daripada mendengar kes saman itu atas dasar hakim itu pernah menjadi timbalan pengarah bahagian Perbankan Islam dan Jabatan Takaful di Bank Negara.

Hakim itu dikatakan mempunyai hubungan komunikasi dengan bekas Ketua Pegawai Operasi BIMB, Fazlur Rahman Ebrahim, yang merupakan saksi penting dalam dua kes saman itu.

Pada Ogos tahun lepas, Rohana memerintahkan Abdul Hkalid membayar RM66.67 juta dalam penghakiman ringkas yang diperoleh oleh BIMB tetapi Mahkamah Rayuan pada 3 Mac lalu, mengenepikan penghakiman itu dan merintahkan perbicaraan penuh mengenai isu-isu yang dibangkitkan.

Abdul Khalid diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, Matthew Thomas Philip dan Asma Mohd Yunus manakala BIMB pula oleh Tommy Thomas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan