Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Bebas Dua Bekas Pengawal Peribadi Dari Tuduhan Bunuh

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin mengekalkan keputusan membebaskan dua bekas pengawal peribadi seorang ahli perniagaan, yang dituduh membunuh seorang remaja Cina enam tahun lepas.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan kedua-dua pengawal peribadi itu, tanpa memerintahkan mereka untuk membela diri.

Pada 20 September 2005, Mahkamah Tinggi membebaskan Resty Agpalo, 39, Mohamad Najib Zulkifli, 30, dan seorang ahli perniagaan Koh Kim Teck daripada tuduhan membunuh anak saudara Koh, seorang pelajar Xu Jian Huang, 14, di sebuah banglo di Jalan Mengkuang, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada pada 26 September antara pukul 11 malam dan 3.30 pagi.

Mahkamah Rayuan pada 2 September lepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan membebaskan Koh ekoran kegagalan pihak pendakwaan untuk menampilkan Koh ke mahkamah untuk pendengaran bagi rayuan, beberapa kali.

Mahkamah Rayuan juga pada hari berkenaan atas permintaan pihak pendakwaan, turut menolak waran tangkap Koh yang dikeluarkan pada 24 Ogos tahun lepas.

Bercakap kepada wartawan di luar mahkamah Resty berkata beliau sudah menjangka yang rayuan itu akan ditolak memandangkan mahkamah sebelum ini mengenepikan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Koh.

Katanya beliau yakin keputusan mahkamah akan memihak kepadanya, dan menambah keadilan ditegakkan.

Sementara itu Najib berkata beliau gembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, dan menurutnya selama ini beliau sentiasa berusaha untuk bertenang dan banyak berdoa.

Terdahulu Hakim Suriyadi menolak satu permohonan yang dikemukakan oleh Resty dan Najib untuk mengemukakan bukti baru, berupa seorang warga China Fang Shui Jin, yang berada di tempat kejadian.

Kuorum itu turut menolak satu lagi permohonan oleh kedua-dua pengawal peribadi itu selepas mereka menarik balik permohonan itu. Permohonan itu adalah bagi mengenepikan pendakwaan dan rayuan atas sebab salah guna proses mahkamah.

Dalam perbicaraan 36 hari kes itu, pihak pendakwaan membawa kes budak lelaki berkenaan dikatakan didera dan dibunuh kerana mencuri RM30,000 milik pakciknya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan