Jual Mercun Di Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Pekerja Kantin Sekolah Dipenjara Tujuh Tahun

Diterbitkan: Isnin, 1 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini Sabtu lepas, dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret pada Isnin.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sh Ahmad Sh Othman, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 95 biji mercun pelbagai jenis semasa ditahan di Stesen LRT di stadium itu pada 11 malam Sabtu lepas.

Sh Ahmad, pekerja kantin sekolah, diarah menjalani hukuman itu berkuatkuasa Ahad.

Dia didakwa memiliki 40 biji mercun "bola", 40 biji mercun "ketupat" dan 15 biji mercun "bunga api gasing" semasa ditahan.

Sh Ahmad, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya oleh Majistret Abdullah Siddiq tujuan dia memiliki bahan itu, Sh Ahmad menjawab:" Saya menjual pelbagai barangan termasuk barang permainan dan saya menjual bahan ini untuk pengunjung yang datang ketika mana-mana perlawanan berlangsung".

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan