Rayuan Remaja Kes Lupus Bahan Bukti Ditangguh Ke 15 November

Diterbitkan: Jumaat, 29 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menangguhkan ke 15 November ini untuk mendengar rayuan berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan terhadap seorang remaja oleh Mahkamah Majistret Telok Datok selepas mengaku melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki berkata beliau sedang menunggu alasan penghakiman daripada majistret berkenaan.

Pada 15 Oktober lepas, K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, masing-masing mengaku salah terhadap empat pertuduhan melupuskan bahan bukti kes pembunuhan itu mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap, 9 September tahun ini.

Pada 27 Oktober lepas, peguambela Sarawanan, A. S. Dhaliwal memfailkan semakan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

Turut hadir pada proseding pagi ini ialah seorang lagi tertuduh, Suresh yang diwakili peguamnya M. Puravelan manakala pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof.

Selain itu turut berada di mahkamah, peguam-peguam yang mewakili peguam N. Patmanabhan, salah seorang daripada empat lelaki yang dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pada 13 Oktober lepas, Patmanabhan, 41, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, masing-masing didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

Patmanabhan dan tiga yang lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting, Selangor di antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam pada 30 Ogos lepas.

Sarawanan seorang bekas mekanik dituduh menghilangkan bukti itu dengan membakar mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos 2010 antara 8.30 malam hingga 9.45 malam.

Suresh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap pula didakwa menghilangkan bahan bukti itu dengan membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 31 Ogos 2010 antara 8 hingga 10 pagi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan