Qazaf : Anwar Diarah Fail Afidavit

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diarahkan untuk memfailkan afidavit balasan berkaitan bantahan awal tiga responden berhubung rayuan supaya pihak pendakwa syarie mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf.

Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah di sini, Abdul Ghani Kefli pada prosiding pengurusan kes di kamarnya pada Khamis, memerintahkan supaya perkara itu dilakukan pada atau sebelum 18 November ini.

Tarikh itu ditetapkan seleas Abdul Ghani menerima notis permohonan pada 14 Mei lalu daripada tiga responden iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Semua mereka merupakan pemohon dalam kes rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi Syariah di sini terhadap pertuduhan qazaf yang dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap Mohd. Saiful.

Peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar dan Roslizam Rahim yang mewakili semua responden berkata, Anwar telah gagal menyatakan secara terperinci di bahagian mana pada keputusan tersebut yang ingin dirayunya.

``Rayuan beliau yang tidak mematuhi aturan Akta Tatacara Mal (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 itu akan menjadi defektif, cacat dan akan memberi implikasi yang besar terhadap rayuannya.

``Kegagalan mematuhi tatacara itu juga akan memudaratkan perjalanan prosiding kes rayuan itu,’’ujar Zainul Rijal semasa ditemui.

Pada prosiding itu, Anwar diwakili peguam syarie Dorina Abdullah. Beliau berkata, anak guamnya akan memfailkan afidavit jawapan terhadap notis yang dikemukakan tiga pemohon dalam masa yang ditetapkan mahkamah.

Beliau menambah, pihak mahkamah tidak menetapkan sebarang tarikh seterusnya namun menjangkakan kes akan didengar pada Januari hadapan.

Anwar mahupun responden tidak hadir di mahkamah kerana kehadiran mereka telah dikecualikan.

Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin mendakwa Mohd Saiful, 25, atas tuduhan qazaf.

Pertuduhan qazaf bermaksud membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki.

Anwar turut memohon perintah bagi memastikan Che Mat dan Jamil Khir tidak mengganggu atau menghalang responden pertama daripada menjalankan pendakwaan qazaf itu.

Ketiga-tiga responden bertindak memfailkan bantahan terhadap permohonan tersebut pada 9 Februari lalu atas alasan Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal.

Permohonan itu diketepikan pada 14 April lalu oleh Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin menyebabkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memfailkan rayuan pada 23 April lalu.

Anwar kini sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta, di sini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan