Penolong Pegawai Eksekutif LHDN Dipenjara, Denda

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, memerintahkan seorang Penolong Pegawai Eksekutif (Penafsiran) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan di sini menjalani hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah bersetuju menerima wang tunai RM6,000 daripada seorang kontraktor, lima tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Ariffin turut memerintahkan supaya Miftahhuddin Abdullah, 40, menjelaskan denda RM30,000 atau jika gagal, berhadapan dengan hukuman penjara selama 12 bulan.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan tertuduh yang diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Tertuduh yang kini digantung tugas didakwa menyetuju terima wang tersebut daripada Maimunah Suhor pada pukul 5.05 petang, 4 Mac 2005 di Mentari Channel Food Court, Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk dia mengeluarkan Surat Pengesahan Pendapatan bertarikh 4 Mac 2005 kepada Maimunah.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fadzillah Mohd Ossman.

Pada 21 September lalu, Miftahhudin dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meminta suapan sebanyak RM6,000 bagi dirinya daripada Maimunah melalui Ainon Samat atas dorongan mengeluarkan Surat Pengesahan Pendapatan kepada Maimunah di LHDN Cawangan Kuala Lumpur Bandar, Jalan Kampung Attap di sini pada pukul 11.26 pagi, 1 Mac 2005.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan