Dadah: Dua Terlepas Hukuman Gantung

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua lelaki terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melepas dan membebaskan seorang daripada mereka daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lepas dan meminda pertuduhan terhadap seorang lagi kepada memiliki dadah berkenaan.

Hakim Datuk Zamani A. Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap seorang peniaga iaitu Othman Puteh, 58, dan petani Bakri Abdul Rahim, 51.

Sehubungan itu, Zamani mengarahkan Othman dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan, manakala Bakri dihukum penjara 15 tahun yang bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu pada 7 Ogos 2008.

Mereka didakwa mengedar kanabis seberat 91,503 gram di sebuah rumah tidak bernombor Jilid 4, Sungai Baru, Mukim Bujang Bedong, di daerah Kuala Muda, pada 10.30 pagi,7 Ogos 2008, mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Zamani berkata pertuduhan terhadap Bakri dipinda daripada Seksyen 39B kepada Seksyen 6 dan dihukum mengikut Seksyen 39A akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dengan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

"Tetapi nasib menyebelahi kamu kerana umur kamu sudah melebihi 50 tahun dan dikecualikan daripada sebatan," kata Zamani kepada Bakri.

Terdahulu, peguam Chong Seng Ming yang mewakili Bakri meminta anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana tertuduh telah mengaku bersalah dan insaf dengan perbuatannya, selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zakhi Mohd Daud meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap Bakri, selepas mengambil kira faktor kepentingan awam, selain kesalahan itu membabitkan jumlah dadah yang besar.

Bakri dan Othman turut terlepas daripada pertuduhan kedua mengikut Akta Racun 1952, iaitu memiliki 36.4 liter cecair dan 26.28 kilogram daun dari tumbuhan yang mengandungi Mitragynine di tempat, tarikh dan masa sama.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan