Nelayan Diarah Bela Diri Tuduhan Perdagang 21 Warga Afghanistan

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, memerintahkan seorang nelayan untuk membela diri terhadap pertuduhan memperdagangkan 21 warga Afghanistan yang berusia antara 18 hingga 54 tahun, lapan bulan lalu.

Hakim Slamat Yahya membuat keputusan itu terhadap Sapri Mohmad, 43, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie untuk dijawab oleh tertuduh.

Beliau menetapkan 25 November depan untuk tertuduh yang berasal dari Kampung Baru Nelayan, Sungai Besar, dekat sini berbuat demikian.

Pada 2 Mac lalu, tertuduh yang merupakan bapa kepada dua orang anak didakwa memperdagangkan semua warga Afghanistan itu di muara Sungai Changkat, Haji Dorani, Sungai Besar pada pukul 10.15 malam, 17 Februari lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi yang masih bebas.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 37 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisara Kamal mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Pritam Singh Rajput.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan