Bekas Setiausaha Persatuan Riffel Kebangsaan Sabit Tuduhan Kemuka Invois Palsu

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Persatuan Riffel Kebangsaan Malaysia, Ismail Zainuddin dihukum penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas disabitkan bersalah mengemukakan invois palsu berjumlah RM441,000 kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Hakim Rosbiahanin Ariffin memerintahkan Ismail, 46, menjalani hukuman penjara selama tiga bulan bermula Rabu, dan membayar denda RM2.2 juta atau berhadapan dengan penjara enam bulan, jika gagal.

Beliau terdahulu memutuskan Ismail yang berasal dari Sungai Pusu, Gombak, di sini, bersalah seperti pertuduhan selepas pembelaannya gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

Hasrat tertuduh untuk menangguhkan hukuman juga gagal selepas Rosbiahanin menolak permohonan itu yang dikemukakan menerusi peguam Md Ridzuan Othman.

Bagaimanapun, Rosbiahanin menyatakan, tertuduh masih boleh mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berhubung keputusan tersebut.

Ismail didakwa di mahkamah pada 11 Ogos 2008 atas tuduhan mengemukakan dua invois Vision Armas Sports Centre Sdn Bhd (Vision Arms) kepada Pengarah Bahagian Persediaan Antarabangsa MSN, Ahmad Shapawi Ismail.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 dan 15 September 2005 di Pejabat MSN, Bukit Jalil, di sini.

Dua invois tersebut mengandungi butiran palsu iaitu bagi pembelian dan pembekalan peluru oleh Vision Arms kepada persatuan tersebut, di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi, Kuah, Kedah.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam usaha meringankan hukuman, Md Ridzuan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya bergantung kepada ubat-ubatan ekoran masalah kesihatan yang teruk.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Roziza Sidek menghujahkan bahawa faktor tersebut tidak kuat memandangkan perbuatan tertuduh telah menyebabkan kerajaan menanggung kerugian.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan