Bekas Pembantu Perubatan Kekal Bebas Tuduhan Cabul

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas pembantu perubatan sekali lagi menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, mengekalkan keputusan Majistret Kuala Kubu Baharu, dekat sini, yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mencabul seorang pesakit.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu terhadap Mulhisam Mohd, 34, selepas beliau berpendapat tiada kekhilafan oleh Mahkamah Majistret melalui keputusannya pada 20 April lalu.

Justeru itu, beliau menolak rayuan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwa Raya yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan.

Mulhisam diwakili peguam Muhammad Najim Rohim.

Dia sebelum ini didakwa atas tuduhan mencabul pesakit yang berusia 14 tahun dengan cara meramas buah dada dan perut di Klinik Kesihatan Ulu Yam Baharu, Ulu Yam Baharu, dekat sini pada pukul 11 pagi, 18 April 2008.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan