Nasib Ameng Terjawab 1 November

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai nasib vokalis Kumpulan Spring, Ameng terhadap pertuduhan memasukkan dadah yang dihadapinya akan diketahui pada 1 November ini.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menetapkan tarikh itu pada Isnin, selepas kedua-dua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes memfailkan hujahan di akhir pembelaan.

Keputusan itu bakal menentukan sama ada Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, disabitkan bersalah lalu dihukum atau dibebaskan jika sebaliknya.

Ameng didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Sentul, di sini, pukul 3.45 pagi, 2 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias.

Kamarul Zaman menghujahkan, Ameng tidak patut disabitkan atas tuduhan itu kerana ia merupakan konspirasi bekas isteri anak guamnya, A.Aida dan suami, Asisten Superintendan Suffian Sulaiman.

Tambahnya, ini berdasarkan keterangan bahawa Ameng diarahkan ke Balai Polis Setapak, di sini, berhubung aduan yang dibuat oleh A.Aida dan Suffian, yang merupakan Ketua Bahagian Perhubugan Awam, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Justeru itu, Kamarul Zaman menimbulkan persoalan bagaimana Ameng, yang pernah mendirikan rumah tangga bersama A.Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 39, dibawa ke Balai Polis Sentul, di mana ujian air kencing dilakukan.

Hujahan itu dibidas oleh Siti Hajar dengan berkata, pembelaan Ameng merupakan penafian semata-mata dan difikirkan selepas kejadian, memandangkan ia tidak pernah ditimbulkan sejak awal perbicaraan.

Beliau juga membidas dakwaan Ameng yang mengatakan saksi pendakwaan telah berbohong semasa memberi keterangan di mahkamah.

“Tertuduh hanya membuat laporan polis mengenai dakwaan bohong pada 16 Oktober lalu, sedangkan dia sepatutnya membuat laporan sebaik sahaja saksi memberi keterangan.

“Tertuduh tidak membuat laporan sedangkan banyak penangguhan yang berlaku sepanjang perbicaraan,” katanya.

Pada 14 Disember 2005, Ameng telah diarahkan membayar denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, selepas mengaku salah menagih dadah jenis Syabu pada September 2005.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan