Khir Toyo Diberi Notis Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo diberi notis tunjuk sebab oleh Mahkamah Tinggi di sini, berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Peguam M.Manoharan yang mewakili Ng berkata, notis tunjuk sebab itu dikeluarkan untuk Khir memberikan penjelasan mengapa tindakan saman tersebut tidak boleh dibatalkan ekoran tiada tindakan dilakukan oleh beliau selaku plaintif selepas Ng memfailkan pembelaannya.

Pembelaan Ng, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut difailkan tujuh bulan lepas, iaitu pada 26 Mac lalu.

“Bagaimanapun Khir tidak melakukan apa-apa tindakan sedangkan beliau sepatutnya memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut atau notis untuk pengurusan kes,” kata Manoharan ketika ditemui di perkarangan mahkamah pada Isnin.

Menurutnya, notis untuk kedua-dua pihak hadir di mahkamah pada Isnin di hadapan Timbalan Pendaftar Mankiranjit Kaur telah dikeluarkan pada 15 Oktober lalu.

Manoharan berkata, Mankiranjit menetapkan 2 November ini untuk kes dibawa ke hadapan Hakim Datuk Nurchaya Arshad unuk mengetahui sama ada saman itu dibatalkan atau Khir diberi peluang bagi meneruskan saman.

“Saya menghujahkan bahawa seorang ahli politik tidak boleh menyaman seorang ahli politik yang lain atas dasar saman dan kemudian tidur tanpa sebarang sebab.

“Jangan gunakan mahkamah untuk kepentingan sendiri kerana tiada siapa yang boleh menyalahgunakan proses mahkamah,” tambahnya.

Pada prosiding itu, Ng hadir dengan diiringi beberapa penyokong manakala Khir hanya diwakili peguamnya, M.Athimulan.

Kronologi kes bermula selepas Khir memfailkan saman fitnah yang tidak dinyatakan jumlahnya pada 7 Januari lalu kerana mendakwa Ng telah memfitnahnya di dalam membabitkan isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini.

Dakwanya, kenyataan berbentuk fitnah itu disiarkan di akhbar The Star bertarikh 7 Julai 2009.

Selain menuntut ganti rugi yang terdiri daripada ganti rugi am, teladan dan teruk, Khir turut menuntut perintah untuk menghalang Ng atau ejennya daripada terus mengeluarkan kenyataan yang berbentuk fitnah terhadapnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan