Kematian Tahanan Polis: Mahkamah Koroner Buat Keputusan Terbuka

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai kematian seorang pekerja kedai minuman keras, R.Gunasegaran di Balai Polis Sentul, di sini dua tahun lalu, tidak dapat dipastikan selepas Mahkamah Koroner di sini, pada Isnin memberikan keputusan terbuka dalam prosiding inkues kematian tersebut.

Gunasegaran mati antara pukul 6.45 dan 7.20 petang, 16 Julai 2008 semasa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas jatuh semasa proses pengambilan cap jari di balai itu.

Pada penghakimannya, Koroner Siti Shakirah Mohtarudin berkata, beliau membuat keputusan terbuka kerana keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikhendaki untuk merekodkan keputusan.

“Saya dapati terdapat dua versi bagi kematian si mati. Pertama, si mati meninggal dalam perjalanan ke hospital dan doktor mengesahkan kematian adalah berkaitan dengan dadah.

“Versi kedua pula menyatakan seorang anggota polis yang membuat tangkapan terhadap si mati telah menendang dan memukul si mati yang menyebabkan kematiannya.

“Kedua-dua bukti ini dapat diterima pada pendapat saya. Namun, laporan bedah siasat pertama dan kedua masih menemui kesimpulan yang sama iaitu kematian disebabkan oleh dadah. Laporan bedah siasat adalah satu bukti prima facie yang tidak disangkal,” katanya.

Dalam membuat keputusan itu, Siti Shakirah juga mendengar keterangan seorang saksi, iaitu Majistret yang telah membuat pemerhatian ke atas seluruh badan di mati sebelum laporan bedah siasat dibuat dan mendapati tiada kesan lebam atau cedera pada badan si mati.

Turut dipertimbangkan ialah keterangan tiga saksi inkues yang telah melihat si mati telah dipukul oleh salah seorang anggota polis kerana dikatakan tidak dapat memberikan sampel air kencing untuk pemeriksaan.

Justeru itu, Siti Shakirah mendapati salah satu daripada dua punca tersebut telah menyebabkan kematian si mati.

Prosiding inkues dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah KM Abu Bakar manakala keluarga si mati diwakili peguam M.Visvanathan manakala peguam N.Yoghendran bertindak selaku pemerhati bagi pihak Majlis Peguam.

Turut hadir ialah kakak si mati, R.Gangagowri dan suami, S.Marathaveeran. Visvanathan ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau sedih dengan keputusan itu dan telah menerima arahan daripada Gangagowri untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan itu.

“Keputusan ini sangat menyedihkan kerana saksi dapat membuat pengecaman yang positif terhadap anggota polis yang didakwa memukul si mati,” kata Visvanathan.

Beliau menambah, Gangagowri akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, di sini, petang ini berasaskan empat perkara termasuk kegagalan polis untuk membuat laporan berhubung kematian si mati.

Katanya lagi, laporan itu juga akan menyentuh dakwaan kegagalan polis untuk menghentikan serangan terhadap si mati dan juga terhadap HKL atas dakwaan membiarkan mayat si mati dalam keadaan yang tidak sempurna hingga menyebabkan ia rosak.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan