Dua Warga Nigeria Bebas Tuduhan Menipu

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun, dua penuntut kolej swasta dari Nigeria dibebaskan daripada tuduhan menipu yang membabitkan nilai RM13,150 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin membuat keputusan itu terhadap Kingsley Obakpe, 27, dan Italumeh Okpakhomhe Ididi, 39, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikakn kes melangkaui keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Keputusan itu dibuat selepas beliau selesai mendengar keterangan yang diberikan oleh 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan.

Kingsley dan Italumah dilihat tersenyum menerima keputusan itu dan mengucapkan terima kasih kepada peguam M.Mathavan yang mewakili mereka.

Sebelum ini, Kingsley berhadapan dengan tiga pertuduhan iaitu menyalahguna wang RM4,800 milik Hung Yee Hon, 35, dan juga RM4,850 kepunyaan Ahmad Farid, 31, yang dipindahkan ke dalam akaun RHB Bank miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 7.55 dan 9.39 malam, 12 November 2007 di cawangan bank tersebut di Taman Indah, Kajang, dekat sini.

Kingsley juga didakwa atas satu lagi pertuduhan serupa melibatkan wang bernilai RM3,500 milik Lee Chen Neng yang dipindahkan ke dalam akaun simpanan Lee Fui Fui, 32, di bank sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 2.19 petang, 29 November 2007 di RHB Bank Berhad cawangan Jalan Ipoh, Sentul, di sini.

Sementara itu rakannya, Italimeh didakwa menyalahgunakan wang RM4,950 milik M-Plus Computer Sales & Services yang dipindahkan ke dalam akaun miliknya pada pukul 3.30 pagi, 28 November 2007 di RHB Bank Berhad Jalan Bukit Bintang, di sini.

Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azimul Azami Mohd Noor mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan