Pemandu Traktor Dihukum Gantung Sampai Mati Kerana Edar Dadah

Diterbitkan: Ahad, 24 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pemandu traktor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 2,700.01 gram lima tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani A. Rahim menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tamim Ansari Abdul Hamid, 26, yang berasal dari Sanglang dekat Jitra, dituduh mengedar dadah jenis ganja di hadapan pintu masuk stadium Darul Aman pada pukul 10.45 malam 10 Mei 2005.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ana Rozana Mohd Nor manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nizan Azdahari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan