Pemain Bola Sepak Nigeria Dihukum Mati Edar Heroin

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemain bola sepak dari Nigeria yang menjadi pengedar dadah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat setelah didapati bersalah mengedar 530.14 gram heroin di Puchong, dekat sini, tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Danny Phiri, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit apartmen bernombor Blok A-3A-08, Koi Tropikana, Batu 3 Jalan Puchong, Puchong, pada pukul 12.35 tengah malam, 15 Mei, 2009.

Menurut fakta kes, atas maklumat awam, polis menyerbu rumah itu dan menemui 530 gram heroin dalam sebuah beg plastik di sebuah bilik serta 0.14 gram heroin yang disembunyikan dalam sebuah bingkai foto di ruang tamu rumah tersebut.

Polis kemudian menahan tertuduh bersama teman wanitanya, seorang warga Filipina, di rumah berkenaan.

Mahkamah diberitahu bahawa Danny berada di Malaysia sejak 2008 untuk mencari kelab bola sepak yang sesuai tetapi terperangkap dengan sindiket dadah selepas digoda oleh seorang rakan senegaranya.

Semasa perbicaraan, teman wanita Filipina berusia 24 tahun itu menjadi saksi utama pendakwaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin manakala tertuduh diwakili oleh peguam K.A.Ramu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan