Penulis Nota Tidak Dipastikan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penulis nota terakhir yang didakwa ditinggalkan oleh pembantu politik, Teoh Beng Hock masih menjadi tanda tanya selepas Pemeriksa Dokumen, Jabatan Kimia Malaysia, Wong Kong Yong tidak menemui jawapan tepat dalam analisanya.

Wong, 51, yang memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini pada Jumaat, hanya boleh merumuskan bahawa nota tersebut ‘berkemungkinan ditulis oleh individu yang sama’ yang menulis pada buku catatan pada beg galas Teoh.

Bagaimanapun, saksi inkues ke-37 itu tidak boleh mengesahkan identiti penulis memandangkan beliau tidak mempunyai pengetahuan siapakah penulis buku catatan tersebut.

Saksi terdahulu memberitahu, beliau menerima empat barang bukti, termasuk nota itu daripada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal pada pukul 3.46 petang, 9 Oktober lalu untuk dibuat analisa.

Tiga lagi bahan bukti ialah 10 muka surat dokumen ‘Badan Pecegah Rasuah – Pernyataan Dalam Pemeriksaan’ yang mengandungi tanda huruf awalan (initials) di bawah kanan, kad Public Bank Visa dan Buku Catatan Teringkas yang mempunyai tulisan tangan dalam karakter Bahasa Cina dan Bahasa Melayu.

Berdasarkan analisa yang dijalankan, saksi juga membuat kesimpulan bahawa tanda huruf awalan pada nota dan tandatangan di kad kredit Visa adalah tidak sama dari segi strukturnya.

“Justeru itu, saya tidak boleh memastikan sama ada ya atau tidak ditulis oleh individu yang sama,” katanya pada pemeriksaan oleh peguam Tan Hock Chuan yang dilantik mengendalikan prosiding inkues.

Seterusnya, saksi beralih pula kepada penemuan yang melibatkan lima lagi bahan bukti, termasuk tiga batang pen (dua pen jenama Kilometrico dan sebatang Zebra Z7-A) yang diterimanya pada 12. 49 tengah hari, 20 Oktober 2009.

“Dakwat tulisan tangan Bahasa Cina dan Melayu pada nota adalah sama dengan dakwat pen kilometrico. Oleh itu, saya berpendapat nota itu ditulis dengan menggunakan pen seperti Kilometrico dan bukannya Zebra Z7-A,” kata saksi.

Menjawab soalan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, Wong berkata, beliau tidak melakukan ujian pengesanan cap jari pada surat tersebut.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa laporan kimia yang dikemukakan olehnya adalah tidak lengkap kerana hanya mengandungi penemuan-penemuan yang melibatkan persamaan.

“Saya tidak memasukkan penemuan yang berbeza kerana ia mengandungi lebih banyak persamaan. Perbezaan akan diterangkan pada prosiding mahkamah,” jelasnya.

Berdasarkan keterangan saksi, Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, beliau berminat untuk mengetahui siapakan penulis nota tersebut memandangkan saksi hanya membuat perbandingan dokumen-dokumen yang diterimanya.

“Saya mahu pastikan siapakah penulisnya. Ini perlu dibuktikan,” kata Azmil Muntapha.

Bagaimanapun, Tan berkata, pihaknya tidak mempunyai bukti lain berhubung nota itu dan ia adalah terpulang kepada Azmil Muntapha untuk membuat penemuan.

Prosiding inkues diadakan bagi mencari punca kematian Teoh, 30, yang ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, di sini, pada 16 Julai 2009.

Kematiannya menimbulkan persoalan kerana beberapa jam sebelum itu dia dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14, plaza sama untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukkan kerajaan negeri.

Prosiding inkues bersambung 4 November ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan