Pelanggan Pusat Nyanyian Dipenjara, Denda RM10,000 Cuba Rasuah Polis

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang pelanggan sebuah pusat nyanyian dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis terhadap tuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada seorang pegawai polis Julai lepas.

Hakim Mohd Zairan Aman memerintahkan Tan Kok Heng, 39, dipenjara tiga bulan lagi jika dia gagal membayar denda.

Tan didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Nyanyian Wan Star Restaurant di Jalan Kebun Baru, IKS Juru, Bukit Mertajam pada 1.30 pagi 17 Julai lepas.

Dia dituduh memberikan wang itu kepada Inspektor Ahmad Hamzah Kasdi sebagai dorongan supaya pemeriksaan tidak dilakukan di premis berkenaan.

Menurut fakta kes, Tan cuba memberi wang sogokan itu kepada Ahmad Hamzah sebanyak tiga kali dan pada kali ketiga dia terus ditangkap dan dibawa ke balai polis, seterusnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan lanjut.

Tan, yang tidak diwakili peguam, dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan dengan alasan dia mempunyai isteri yang tidak bekerja dan lima orang anak.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Mohd Nur Lokman Samingan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan