Pekerja Kontrak Didakwa Sebabkan Kematian Warga Emas

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, terhadap tuduhan menyebabkan kematian seorang warga emas berusia 73 tahun di sebuah taman permainan di Cheras pada awal Oktober lepas.

K. Suppiah, 61, didakwa menyebabkan kematian M. Periaswamy, 73, di Taman Permainan Kanak-Kanak Jalan Seluang, Taman Tenaga Batu 3 1/2 Jalan Cheras, di sini pada 12.46 tengah hari 7 Oktober lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli tidak menawarkan sebarang jaminan atas kesalahan yang serius.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin menetapkan 23 Disember depan untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan