Keputusan Kes Presiden Persatuan Vendor Akhbar Pada Rabu

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini Khamis menetapkan Rabu depan untuk keputusan kes pecah amanah membabitkan Presiden Persatuan Suratkhabar Tamil Selangor dan Wilayah Persekutuan Datuk N. Muneandy.

Hakim Jagjit Singh menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Noor Aishah KM Abu Bakar dan peguam Akbardin Abdul Hamid yang mewakili tertuduh.

Akbardin dalam hujahannya berkata berdasarkan keterangan Muneandy, jelas menunjukkan bahawa cek bernilai RM30,000 telah digunakannya untuk membayar dan menguruskan persiapan majlis makan malam tahunan persatuan itu yang dianjurkan pada 1 November 1998 di Restoran Sri Putra, Dataran Merdeka, di sini.

"Cek bernilai RM30,000 itu telah digunakan oleh anak guam saya untuk membeli bunga bagi dekorasi majlis, membeli cenderamata serta kegunaan lain seperti perbelanjaan makan minum ahli semasa mengadakan mesyuarat untuk menjalankan majlis itu dan kesemua perbelanjaan tersebut mempunyai resit sebagai bukti," katanya.

Akbardin berkata cek bernilai RM20,000 pula digunakan oleh tertuduh untuk penganjuran majlis makan malam tahunan tahun berikutnya pada 30 Disember 1999 di Hotel Crown Crystal Plaza, yang mana RM15,000 digunakan sebagai deposit untuk menempah hotel manakala baki RM5,OOO didermakan kepada seorang ahli persatuan iaitu R. Arumugam yang mengalami kemalangan serius. "Selain itu, persoalan mengapa cek tersebut digunakan atas nama restoran milik tertuduh iaitu Restoran Wangsa Ukay, ia adalah kerana anak guam saya hanya memiliki satu akaun bank sahaja, iaitu akaun milik restorannya," kata peguam itu.

Noor Aishah dalam hujahannya pula berkata keterangan kesemua saksi pembelaan seramai lapan orang termasuk tertuduh langsung tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah kerana persatuan itu mempunyai penaja untuk menganjurkan majlis makan malam itu.

"Tidak timbul soal tertuduh menggunakan wang milik persatuan untuk menganjurkan kedua-dua majlis makan malam persatuan itu sedangkan persatuan itu mempunyai penaja yang mencukupi untuk mengendalikan majlis tersebut," katanya.

Pada 2 0gos lepas, mahkamah memerintahkan Muneandy, 59, membela diri terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM50,000 milik persatuan itu.

Bagi kesalahan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan itu di bangunan persatuan berkenaan di Bangunan Tiong Nam, Jalan Travers, Brickfields pada 11 November 1998 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama pada 4 November 1999. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan