Dua Lelaki Sebabkan Kematian Penyelia Dipenjara

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM : Ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah.

Itu mungkin perumpamaan yang dapat menggambarkan kejadian seorang penyelia pengawal keselamatan mati selepas diserang ekoran pergaduhan yang berlaku antara dua kumpulan.

P. Subramaniam, 42, mati dengan 30 kesan kecederaan selepas enggan membenarkan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang masuk ke dalam sebuah pangsapuri.

Kejadian berlaku selepas kumpulan lelaki terbabit mengesyaki rakan mereka ditahan oleh satu lagi kumpulan dalam satu pergaduhan yang baru dileraikan oleh pihak polis.

Pada Selasa, dua daripada lelaki terbabit menerima hukuman masing-masing di Mahkamah Tinggi di sini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian mangsa.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad memerintahkan Abdul Rashid Abdul Rahman, 24, dihukum penjara selama sembilan tahun manakala tempoh hukuman R. Bala Murugan, 31, selama 11 tahun.

Kedua-dua hukuman itu diarahkan bermula daripada tarikh tangkap, iaitu 20 September 2006.

Pada penghakimannya, Asmabi berkata, hukuman yang dijatuhkan hendaklah mengambil kira kepentingan awam dan juga si mati dan mahkamah akan gagal menjalankan tanggungjawabnya jika tidak menjatuhkan hukuman sedemikian.

“Hukuman bukan sahaj untuk memberikan pengajaran kepada tertuduh tetapi juga sebagai langkah pencegahan kepada masyarakat.

“Mahkamah juga mengambil kira faktor usia Abdul Rashid yang lebih muda menyebabkan dia lebih mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang lebih tua,” katanya.

Abdul Rashid, seorang kelindan lori dan Bala Murugan, penghantar surat didakwa menyebabkan kematian mangsa pada pukul 2.30 pagi, 20 September 2006 di belakang pondok pengawal Pangsapuri Perdana, nombor 1, Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhairy Zakaria dan pertuduhan pilihan itu ditawarkan selepas enam saksi pendakwaan selesai memberikan keterangan.

Sebelum ini, mereka didakwa atas tuduhan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Abdul Rasyid diwakili peguam A. Kailesh manakala Bala Murugan diwakili peguam Rajpal Singh.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan