Saman Media RM18 Juta:Mahkamah Tetap 28 Oktober Untuk Keputusan - Berita Mahkamah | mStar

Saman Media RM18 Juta:Mahkamah Tetap 28 Oktober Untuk Keputusan

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan Khamis depan bagi keputusan kes seorang pengurus pemasaran produk yang memfailkan saman fitnah RM18 juta terhadap media berkaitan laporan kes bunuh eksekutif pemasaran Noritta Samsuddin.

Mikko Kauko Johannes Jarva, 35, warga Finland, memfailkan saman terhadap beberapa syarikat akhbar dan editor mereka berhubung penyiaran artikel serta gambarnya dalam laporan kes bunuh Noritta kira-kira tujuh tahun lepas.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas pihak plaintif yang diwakili peguam S.N. Nair dan peguam defendan-defendan yang diwakili Nad Segaram mengemukakan hujahan masing-masing.

Pada 9 April 2004, Jarva menamakan New Straits Times Press, New Straits Times Sdn Bhd, Tan Sri Abdullah Ahmad, Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Hishamuddin Aun, Datuk Ahiruddin Atan, Mohd Zian Johari, Utusan Melayu Berhad dan bekas Ketua Pengarangnya Datuk Khalid Mohamed sebagai defendan-defendan.

Dalam peryataan tuntutannya, Jarva mendakwa bahawa dia ditahan polis pada Disember 2003 berhubung penyiasatan terhadap pembunuhan Noritta dan diletakkan dalam tahanan sebelum direman selanjutnya di Balai Polis Brickfields.

Jarva berkata sepanjang tempoh itu beliau bertegas menyatakan dirinya tidak bersalah. Bagaimanapun, dia mendakwa kesemua defendan, tanpa mempedulikan dirinya tidak bersalah berhubung dakwaan kesalahan itu, telah menerbitkan dan/atau menyebabkan penyiaran gambar dan menulis cerita yang mengaitkan dirinya secara langsung.

Jarva berkata penerbitan itu langsung tidak betul, palsu, menyakitkan hati dan tiada benarnya kerana dia akhirnya tidak didakwa polis kerana tidak bersalah dan dalam kes itu, pada peringkat berkenaan, identiti dirinya patut dilindungi oleh kesemua defendan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan