Bicara KP Tourism Malaysia 16 Mei

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pambangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA), Mohammad Rosly Md Selamat akan dibicarakan pada 16 Mei depan berhubung tuduhan pecah amanah wang syarikat itu berjumlah RM888,000, tiga tahun lepas.

Tarikh itu ditetapkan pada prosiding sebutan di Mahkamah Sesyen di sini Isnin, di hadapan Hakim Azizah Mahamod.

Beliau turut menetapkan 23 hingga 26 Mei sebagai tarikh untuk menyambung semula perbicaraan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer memaklumkan bahawa pihaknya telah menyerahkan semua dokumen kepada barisan pembelaan yang diketuai oleh peguam Saseedharan Menon.

Pada 16 ogos lalu, Mirza, 53, dan Mohammad Rosly, 56, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan meluluskan pembayaran wang itu ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007 bagi projek pembinaan Restoran Malaysia Dubai sedangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi projek itu tidak dipatuhi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat PEMPENA, di tingkat 3, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan