Peniaga Kedai Runcit Didenda RM90,000

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kedai runcit hari ini didenda RM90,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengangkut rokok seludup tiga tahun lepas.

Azizi Embong, 28, dari Pulau Duyong, juga berdepan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah mengangkut 440 karton rokok bernilai RM8,450 dengan sebuah van di depan Sekolah Menengah Tengku Mizan, Jalan Bukit Cempaka-Batu Rakit di sini, pada 6 petang, 21 Jun 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda 20 kali ganda nilai barangan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Azizi yang diwakili peguam Wan Zainuddin Wan Musa, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan Pegawai Pendakwa Koh Joo Kai telah memanggil 11 saksi sepanjang perbicaraan kes itu.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan