Tertuduh Lupus Bahan Bukti Jadi Saksi Perbicaraan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Dua lelaki yang dihukum kerana melupuskan bahan bukti kes pembunuhan kejam pengasas kosmetik Novelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya akan tampil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes itu kelak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff selepas Majistret Telok Datok di sini, Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara terhadap K. Sarawanan dan U. Suresh pada Jumaat.

"Kedua-dua tertuduh akan dipanggil sebagai saksi untuk perbicaraan. Justeru itu, mereka akan diletakkan secara berasingan,” katanya.

Terdahulu, sebaik sahaja prosiding bermula, seorang peguam Avtar Singh Dhaliwal yang dilantik oleh keluarga Sarawanan pada prosiding reman, memaklumkan hasratnya untuk menarik diri.

Sarawanan, 19, dan Suresh, 26, mengaku bersalah melupuskan bahan bukti pembunuhan Sosilawati, 47, dan tiga individu lain yang dilaporkan hilang selepas ke Banting untuk bertemu seorang peguam berhubung urusan pembelian tanah.

Tiga individu tersebut adalah pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pendakwaan hari ini adalah kali kedua selepas peguam yang merupakan suspek utama kes tersebut, N. Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang dihadapkan ke mahkamah sama pada Rabu lalu, atas tuduhan membunuh.

Turut didakwa ialah T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavaravan, 30.

Seperti biasa, mahkamah dipenuhi bukan sahaja oleh petugas media dan keluarga tertuduh, tetapi juga orang awam yang berhasrat melihat sendiri muka suspek kes yang mendapat liputan meluas itu.

Petugas media mula ‘berkampung’ di mahkamah seawal jam 7 pagi. Tertuduh tiba kira-kira sejam selepas itu dengan dikawal rapi termasuk menggunakan kereta Mitsubishi Lancer Evo dan dua kereta peronda.

Mereka dibawa masuk ke galeri mahkamah pada pukul 10.40 pagi bagi membolehkan pertuduhan dibacakan.

Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah pada puku 12.45 tengah hari dengan menaiki trak polis.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan